Tuesday, February 8, 2011

the cockroach


assalamualaikum sahabat,


okay,hari nie aku mau buat kelainan daripada post-post aku before nie.i wanna share some info about tis animal tat called "cockroach".anyone afraid wit tis species?haha.pelik gila bila some1 told me dia afraid dgn species lipas nie.eh mengata org plak aku nie.mcm la aku x tkt dgn sume bnd lak kn.okay,kelemahan aku,aku tkt kucing.eh bukan takut la tapi sedikit rasa geli sbb badan die cm lembut.awww man..okay,lets me continue,.:)


okay,pic nie aku curi daripada google.:)
kalo korg nk kill lipas nie sebenarnye ada caranye k.jgn maen sebat korg je mau bunuh bunuh.okay,meh scroll down.aku bg sedikit tips..hehehe..:p



cara membunuh dengan tidak bijak.

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.



ini dia telur lipas.haha.geli x?okay,actually aku pn baru tau begini shape telur lipas.before nie aku x pena plak buat research mengenai si lipas nie.

orite,skg aku nk share ngn korg sume cm ne nk kill cockroach nie wit de best way.

cara terbaik bunuh lipas.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

okay sekarang aku mau share fakta menarik tentang si lipas nie.:)


* Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
Lipas mempunyai darah berwarna putih
Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya
Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
Lipas ada gigi di dalam perutnya
Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

No comments:

Post a Comment