Friday, February 11, 2011

valentine day.

assalamualaikum,



valentine day?pena celebrate?okay,sejujur jujurnya aku xpena sambut benda alah nie.lgpun aku xtau pn psl benda alah nie time aku form1 smpi form3.form4 baru aku tau psl benda alah nie..okey meh aku story sikit bekenaan dgn rahsia disebalik valentine day nie semperna 14 february hampir tiba kan?huhu..


okay,pada masa yang serba moden nie.ramai la jgk dikalangan remaja yang celebrate valentine day nie.aku x sure sama ada dorg nie xtau or buat buat xtau psl hukum menymbut valentine nie bg yg muslim.pertama sekali aku nk mintak maaf kepd non-muslim.post aku nie bukanlah nk aibkan dgn agama selain drpd islam tapi aku cume nk berkongsi dengan saudara-saudara seislam ku.aku xnk mereka melakukan kesalahan ini secara terus menerus.u got wat i mean?okay,


valentine day mempunyai banyak versi.

versi pertama:pesta rom kuno (penyembahan dewi cinta)

pesta ini sebelum kedatangan agama kristian.mereka akan lakukan dari 13-18 february.mereka menyembah dewi cinta.mereka menyembah dewi cinta yang bernama "juno februata" sbb tu la amik bulan february tu.dan pada malam pesta ini,nama gadis gadis rom akan ditulis di sehelai kertas untuk dimasukkan didalam sebuah bekas.seterusnya pemuda pemuda rom yang ada pada ketika itu akan mengambil sehelai kertas yang di letakkan di dalam bekas itu dan nama gadis yang naik semasa pemuda itu mengambil kertas itu,gadis itulah yg menjadi teman untuk memuaskan nafsu mereka selama setahun.

versi kedua:st valentine(mengingati hari kematian paderi yg bernama st valentine)

okay,yang kedua ini mengingati hari kematian paderi st valentine yang dibunuh oleh raja romawi.dia dibunuh krn pada ketika itu st valentine ingin menyebarkan agama kristian sedangkan raja romawi dan rakyat rom menyembah dewa dewi.st valentine dihukum bunuh dan diseksa di dalam penjara.and semasa di dalam penjara dia tolong banduan banduan di dalam penjara melarikan diri dan dia sebarkan ajaran kristian ini di dalam penjara dan dorg menganggap bahawa hebatnya valentine nie and why not  kita raikan kematian dia.and sebelum die mati die sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis yang dicintainya yg merupakan ank gadis seorg pgwai penjara itu dan dia sign surat cinta itu from ur valentine.

versi ketiga:ikon kasih sayang yang mengahwinkan ramai tentera tentera muda.

st valentine merupakan ikon kasih sayang yang mengahwinkan ramai tentera tentera muda pada ketika itu.raja rom xnk bg tentera tentera muda ini berkahwin awal kerana jika semua berpakat nk kahwin siapa nk pergi berjuang?kerana mengenang jasa yang merupakan ikon kasih sayang ini  mereka membuat hari peringatan kematian st valentine iaitu pada hari dia dihukum mati iaitu pada 14 february.

versi 4 merupakan acara meraikan burung yang suka mengawan pada 14 february dan merupakan tradisi orang inggeris.

versi 5:st valentine yang memainkan peranan terbesar menjatuhkan kerajaan islam di Cardovo,Sepanyol.


kontroversi utama mengenai hukum.

umat islam di setiap negara tidak digalakkan menymbut valentine day nie,kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan seperti ini.Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 yg bersidang pada 22-24 novembr '05 memutuskan "bahawa amalan merayakan valentine day tidak pernah dianjurkan oleh islam.kebiasaannya pasangan yg belum kawin  menyambut perayaan ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat spt berzina,sehingga terjadinya kes melahirkan ank luar nikah,menggugurkan ank dan seumpamanya.


hukum sambut valentine day.

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)




p/s:credit to putri noor syamimi 4 giving me de translation of what ustazah siti nor bahyah said.thank you so much.haha.

No comments:

Post a Comment